Sunday, July 31, 2011

Amalan2 Sunnah pada bulan Ramadhan





AMALAN-AMALAN SUNNAH PADA BULAN RAMADAN
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus


Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat. Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya bagi golongan yang beriman mereka berlumba-lumba untuk mempertingkatkan amal ibadah mereka pada bulan yang mulia ini. Berikut adalah beberapa amalan-amalan yang disyari’atkan bagi seluruh umat islam sempena Ramadan al-Mubarak ini.

Apabila seseorang melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermulanya bulan Ramadan, dia hendaklah berdoa dengan doa yang telah diajar oleh Nabi s.a.w iaitu :


"Ya Allah munculkanlah anak bulan ini ke atas kami dengan membawa keberkatan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah." - Hadis riwayat al-Tirmizi, no: 3373.


Pada bulan Ramadan ini disyariatkan untuk berpuasa yakni meninggalkan makan dan minum serta segala perbuatan yang keji dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Sabda Nabi:


"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu semua." - Hadis riwayat Ahmad, no: 9133.


Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:


"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum)." – Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1894.


Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:


"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.


Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:


"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it uterus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa)." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.


Umat Islam sepatutnya menggunakan kesempatan di bulan Ramadan yang penuh berkat ini dengan menggandakan amal kebajikan seperti bersedekah. Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain. Ibn Abbas .a berkata:


Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.


Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas .a berkata:


"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.


Para salafussoleh adalah antara umat Nabi s.a.w yang diiktiraf sebagai generasi terbaik. Terdiri daripada kalangan mereka para sahabat baginda s.a.w, para tabi’in dan tabi’ al-tabi’in. Mereka amat mengambil berat amalan membaca al-Quran pada bulan Ramadan dan sudah menjadi kelaziman bagi mereka mengkhatam al-Quran berkali-kali pada bulan Ramadan.Bulan Ramadan adalah bulan di mana pintu Rahmat (kasih sayang) dan pintu keampunan Allah dibuka seluas-luasnya serta ganjaran pahala dilipat gandakan kepada hamba-Nya tanpa batasan. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan berzikir, berdoa dan memohon keampunan kepada-Nya kerana pahalanya akan digandakan jauh lebih tinggi berbanding bulan-bulan yang lain.


Jika berkemampuan, berusahalah untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan kerana pahalanya menyamai pahala mengerjakan ibadah haji. Rasulullah s.a.w bersabda:


"Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1782.


Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani .h: "Pahala umrah pada bulan Ramadan menyamai pahala haji. Tetapi, bukan bererti umrah tersebut dapat mengugurkan kewajipan haji. Berdasarkan ijmak ulama, umrah tidak dapat menggantikan kewajipan ibadah haji hinggakan orang yang telah melaksanakan umrah (pada bulan Ramadan) tetap berkewajipan melaksanakan haji." – Rujuk Fathul Baari, jil. 10, masa. 27


Pada bulan Ramadan terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding melakukan ibadah selama seribu bulan yang dipanggil sebagai lailatulqadar. Firman Allah S.W.T:


"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Menurut pengetahuanmu, apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." - Surah al-Qadr: 1-5.


Justeru itu, kita semua hendaklah menggandakan ibadah kita pada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadan terutamanya pada malam-malam yang ganjil, iaitu malam ke 21, 23, 24, 27 dan malam ke 29 demi mendapatkan malam al-Qadar. Baginda bersungguh-sungguh merebut peluang hidup untuk melakukan ibadah sambil beri’tikaf di masjid. Ketika beri’tikaf, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain. Aisyah .a berkata:


"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain." – Hadis riwayat Muslim, no: 1174.


Solat Tarawih atau Qiyam Ramadan merupakan satu sunnah yang amat dituntut. Umat Islam perlu menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan amal ibadah seperti solat-solat sunat. Rasulullah s.a.w bersabda:


"Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 759.


Semoga huraian ringkas mengenai sunnah menyambut bulan Ramadan al-Mubarak ini dapat meningkatkan keazaman semua pihak untuk mencontohi Rasulullah s.a.w demi memanfaatkan keutamaan yang dianugerahkan oleh Allah pada bulan Ramadan al-Mubarak ini.

sumber : 
http://akob73.blogspot.com/



Raihan - Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua




Friday, July 29, 2011

Christina Perri - Jar of Heart




I know I can’t take one more step towards you
Cause all that’s waiting is regret
And don’t you know I’m not your ghost anymore?
You lost the love
I loved the most

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin’ round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Who do you think you are?

I hear you’re asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Who do you think you are?

Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you’re back
You don’t get to get me back

Who do you think you are?
Runnin’ round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Don’t come back at all

And who do you think you are?
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don’t come back for me
Don’t come back at all
Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?





Thursday, July 28, 2011

Meskipun tewas, semangat juang barisan skuad Harimau Malaya harus dipuji

Berbekalkan sokongan dan sorakan penonton di
Stadium Nasional Bukit Jalil,
dengan kehadiran hampir 90,000 penyokong Malaysia,
Malaysia terpaksa akur dgn kekalahan menentang Singapura
dlm pusingan kedua kelayakan ke Piala Dunia 2014..
Meskipun Malaysia mampu menjaringkan gol sebanyak satu gol mlm td,
ia tidak mencukupi buat meninggalkan Singapura kerana
tewas kepada Singapura dengan agregat 6-4.
Walaupun tewas, aku sgt2 berbangga dengan mutu permainan
yg dibuktikan oleh barisan pemain tempatan..
Mereka berjuang bermati-matian sehingga 
bunyi wisel penamat dibunyikan.

Setelah Aidil Zafuan keluar padang sekitar minit yg ke-20,
penonton berasa sedikit kecewa.
Aidil Zafuan tidak mampu bertahan kerana mengalami kecederaan
ditambah dgn kecederaan yg dialaminya
ketika menentang Arsenal masih belum pulih sepenuhnya..

Aidil Zafuan
Aidil turut berasa kecewa kerana tidak mampu meneruskan aksi
utk menentang Singapura namun keadaannya tidak mengizinkan.

Kapten pasukan Malaysia, Safee Sali akhirnya
berjaya menghadiahkan satu jaringan gol buat Malaysia
pada minit yg ke-53 hasil hantaran S.Kunalan..

Safee Sali
Gamat Stadium Nasional Bukit Jalil dgn jaringan gol sulung olehnya mlm td..
Namun beberapa minit  kemudian, kejayaan Singapura
utk menyamakan gol telah memberikan Malaysia tekanan
kerana Malaysia terpaksa mengumpul lagi 2 gol
bagi memastikan Malaysia layak ke pusingan seterusnya..
Akhirnya sehingga 5 minit masa tambahan diberikan,
Malaysia terpaksa akur dgn kekalahan agregat 6-4 kpd Singapura..

Apa yg paling membanggakan, penjaga gol kebangsaan,
Khairul Fahmi Che Mat,
telah byk mematahkan usaha Singapura menjaringkan gol.
Begitu byk cubaan yg dilakukan oleh pemain Singapura
telah berjaya diselamatkannya..

Khairul Fahmi Che Mat
Dia begitu tangkas dan cekap menangkis setiap cubaan yg dilakukan 
bg membolosi gawang gol Malaysia.
Ternyata Khairul Fahmi adalah pemain terbaik Malaysia pd
perlawanan malam td..

Apa yg paling mengecewakan, pemain Singapura
penuh dgn sandiwara dan tipu helah..
Mereka sering melengah2kan masa ketika perlawanan..
Hal ini sedikit sebanyak merencatkan usaha Malaysia
utk terus mara membolosi gawang gol Singapura..
Penjaga gol Singapura juga tidak terlepas dari agenda yg sama..
Dia membazirkan masa hampir 2 minit dgn alasan cedera
sehingga akhirnya dia dilayangkan kad kuning
oleh pengadil yg dibawa dari Jepun..

Keseluruhannya, meskipun kita tewas,
namun bg aku secara peribadinya aku tetap berbangga
dgn semngat juang yg dipamerkan para pemain Malaysia sebentar td..
Sekalung ucapan tahniah utk jurulatih dan barisan pemain.
Meskipun trpaksa menunggu 4 tahun lg utk kelayakan seterusnya,
diharapkan pminat2 bola sepak tempatan
terus menyokong pasukan bola sepak tempatan..
Majulah sukan utk Malaysia!


Wednesday, July 27, 2011

Semoga Berjaya Harimau Malaya

Malam nie merupakan mlm penetuan
utk menyaksikan samada
pasukan Harimau Malaysia
berjaya mengalahkan pasukan Singapura
dgn kemenangan sebanyak 3-0
kerana pasukan Harimau Malaya
telah ketinggalan sebanyak 2 gol
ketika perlawanan kelayakan ke
Zon Asia Piala Dunia 2014 baru2 nie
yg berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Ia telah menyaksikan ketinggalannya Malaysia kpd Singapura
sebanyak 2 jaringan iaitu 5 gol berbalas 3..
Diharapkan dgn semangat di tanah air sendiri,
perlawanan yg bakal berlangsung di
Stadium Nasional Bukit Jalil mlm nie
akan memberi semangat baru
utk skuad Harimau Malaya bangkit
dan menebus kekecewaan yg lalu..
Semoga Berjaya Skuad Harimau Malaya!!
doa kami rakyat Malaysia sentiasa bersama anda...

Perlawanan kedua kelayakan ke Zon Asia Pia la Dunia 2014



doa sempena Ramadhan

Assalamualaikum wbt..
lebih kurang 5 hari saja lg kita bakal
menjemput kehadiran Ramadhan..
Di sini,
aku ingin berkongsi satu doa 
sempena Ramadhan yg bakal menjelma 
tak lama lg..
perkara yg baik, sebar2 kan lah..
doakan kita sempat
utk menyambut ramadhan
dgn penuh keberkatan tahun ini.. =)

"Allahumma bariklana
fi rejab,
wa sya'ban,
waballighna ramadhan.
Allahumma amin... (3X)"



Bapak aku hebat!

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer.
 Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.
Man: !@#%$&*





Tuesday, July 26, 2011

Tahniah Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar, dikurniakan bayi perempuan dan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke-39

Tahniah buat pasangan
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina

Dr Sheikh Muszaphar bersama isteri, Dr Harlina

kerana telah dikurniakan
seorang puteri comel
dalam kehidupan mereka.
 Dr Sheikh Muszaphar ada buat pengumuman
 tentang kelahiran anak sulung mereka
 di facebooknya pada 21 Julai 2011.
 Dr Harlina selamat melahirkan anak perempuan sebrat 3.6 kg.

Puteri sulung Dr Sheikh Muszaphar, Sophea Isabella

 Sebelum ini Dr Harlina dan Dr Sheikh Muszaphar ada merancang
 utk melahirkan anak menggunakan kaedah kelahiran anak di dlm air
 di Hospital Pantai.
 Tarikh jangkaan kelahiran anak pasangan ini ialah 17 Julai 2011
 tapi Dr Harlina selamat bersalin pada 21 Julai 2011 
iaitu lewat 4 hari tarikh jangkaan bersalin. 

Menariknya, anak sulung mereka berkongsi bulan kelahiran yg sama
dgn Dr Sheikh Muszaphar iaitu bulan Julai..
Hari ini, 27 Julai, merupakan hari ulang tahun kelahiran beliau yg ke-39

Selamat Hari Lahir Dr Sheikh Muszaphar (27 Julai 1972)

Semoga dgn kehadiran cahaya mata sulung
berserta hari ulang tahun kelahirannya pada hari ini
memberikan lebih sinar kebahagiaan kpd mereka sekeluarga..
Tahniah Dr!


Phi Phi Island, KRABI! wait for me...

Krabi mmg satu destinasi percutian yg menarik..
tempatnya bersih, indah, dan mempesonakan..
nie lah salah satu tempat yg aku nk sgt2 pegi..
insyaAllah kalau xde ape2 masalah,
sem depan aku akan pegi..
klu ada rezeki lah..
tgk air pantai dier yg tak tahan tu,.
mcm nk terjun je rase..

view pantai di Phi Phi Island, Krabi

kawan2 aku pun dah rancak mcm nak gi jer..
aku pun on je lah..
mmg tu yg aku nk sgt2..
insyaAllah la klu xde ape aral, mmg sampai la kot hehehe..
tp klu ade kekangan tu, nk wat cmne...xde rezeki..
mungkin next time..
Maya Bay yg terletak di Phi Phi Island
pernah mnjadi lokasi pengambaran film "The Beach"
lakonan Leonardo DiCaprio..
hebat kan tempat nie..


view of Krabi from the top

can't wait...
doa2 la sama aku dpt pi sana na..
hehe..
Amin2..


Monday, July 25, 2011

Suria di Cordoba



Suria Di Cordoba menceritakan tentang seorang gadis moden campuran Melayu-Sepanyol iaitu Suria Khadijah Parker (lakonan Sari Yanti), yg memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan.

Kemudian, Suria yang bekerja dibawah Indra Putra bagaimanapun telah mengambil keputusan untuk berhenti walaupun dibayar dengan gaji yg lumayan. Ini kerana Suria tidak tahan dengan sikap Indra yg memperkecil dan memperlekehkan dirinya.

Dalam usaha untuk menjejaki sejarah cinta kedua ibu-bapanya yang bermula di Cordoba, dia pula diuji oleh Allah dengan cinta yang luar biasa.

Sewaktu di Sepanyol akan berlakunya sedikit konflik percintaan yang belaku antara Suria dengan dua jejaka iaitu Tengku Huzir (Fahrin Ahmad) dan Indra Putra ( Ady Putra)

Bagi mengetahui kesudahannya saksikan Suria Di Cordoba di Astro Prima (saluran 105) setiap hari Selasa jam 9 malam mulai 7 Jun. Jangan lupa saksikan. Menarik cerita nie.









final project sem 4 - live news tv production

Dulu masa sem 4,
aku dgn kwn2 sekelas dpt satu final projek...
kena buat program live news tv production...
mmg bertungkus-lumus kami usahakan nk siapkan projek nie..
byk bahan yg kami kena buat..
termasuklah dari meyediakan proposal, membuat skrip berita,
mencari bahan video dan gambar, menemu ramah, membuat running order,
editing, live news program, dan lain2..
dlm erti kata broadcasting,
semuanyalah kami kena buat..
dari pre production, production, dan jugak masa post production...
yg bermaksud dari mula sampailah akhir..
utk group aku,
kami telah menyediakan berita mengenai 2K
iaitu kecantikan dan kesihatan...
mcm2 tugas aku buat masa projek ni..
termasuklah buat skrip, props
cari bahan video, editing,
menyampaikan berita, dan jugak 
switcher iaitu org yg mengawal peralihan shot kamera..
alhamdulillah, kami semua lulus dgn cemerlang..
thnx to kawan2 grup aku iaitu 
ASH, ANIS, MIMI, AINAA, dan produser kami, SHIMA..
thnx jugak utk senior part 5 yg byk membantu dan kawan2 yg lain..
paling penting, thnx to our best lecturer, Puan Rabiah Othman..
nice experience i ever had..

persiapan menyediakan set dan props

editing last minute before going to live news

bersama rakan penyampai, Anis

sewaktu 'live' di skrin tv

sebahagian dari presenter : Mimi, aku, Anis

mendengar panduan dari FM (Ija) before countdown 1 minute to live


Bahaya shisha


Shisha, antara kita sedar atau tak,dah dianggap trend atau kecenderungan yg semakin menular sekarang ni. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yg sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita. 

Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar utk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yg positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya brbanding rokok dari pelbagai segi.

Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dlm kalangan masyarakat umum, segelintir org masih ketagih dgn amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.

Ramai menyatakan ia lebih selamat drpd merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bg rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau.. Tembakau yg digunakan utk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yg digunakan utk shisha diperam. 

Air dlm shisha tdk dapat menapis byk jenis toksin dlm asap shisha. Shisha jg mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain2 bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yg digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru menjadi lebih teruk berbanding rokok biasa yg juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan utk mengawet dan merawat tembakau dlm rokok. 

Bg mereka yg menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kpd bahaya lain seperti penyakit yg merebak melalui air liur. Penyakit yg biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital di sana. 

Kerajaan tak putus2 asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yg lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kpd masyarakat utk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bg menjamin tahap kesihatan diri sendiri. 

Malaysia menantikan generasi masa hadapan yg lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yg negatif. Tak ada siapa dpt mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Jgnlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini. 



Sunday, July 24, 2011

tanggungjawab dan dosa seorang LELAKI



Assalamualaikum wbt..
terima kasih sebab sudi singgah blog yg tak seberapa nie..
Alhamdulillah... hari nie aku terasa nak berkongsi ttg something yg penting
terutamanya utk pengetahuan lelaki2 termasuklah aku..
mengenai tanggungjawab dan dosa seorang lelaki.
setiap insan di muka buni Allah yg bernama lelaki
dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT
utk memegang tanggungjawab yg besar..
bukan sahaja utk dirinya sendiri, 
tetapi juga utk org2 yg di sekelilingnya...
jika mereka cuai, maka teramatlkah besar dosa
yg terpaksa mereka tanggung..

Seorang lelaki bujang akan menanggung dosa utk dirinya sendiri
apabila dia sudah mula baligh
 kerana sudah mula matang dan boleh berfikir sendiri..
manakala dosa seorang gadis bujang masih ditanggung oleh bapanya..
Dosa seseorang lelaki yg telah baligh
 tidak akan ditanggung oleh ibu bapa mereka lagi..
ia berbeza dengan gadis yg telah baligh yg belum berkahwin...

Untuk seorang wanita pula,
 dosa2 yg mereka lakukan
akan ditanggung oleh mereka sendiri dan juga bapa mereka..
jika mereka berkahwin kelak,
suami mereka terpaksa menanggung dosa mereka..

Bagi seseorang lelaki yg telah berkahwin, besar tanggungjawabnya..
mereka terpaksa menanggung dosa mereka sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yg belum berkahwin,
dan juga dosa anak lelaki yg belum baligh...
begitulah besar dan berat dosa 
yg terpaksa ditanggung oleh lelaki..
terutama yg bergelar suami dan bapa..

Oleh itu, bagi seorang anak, terutamanya perempuan,
sayangilah bapa anda dan jangan melakukan dosa
yg terpaksa ditanggung bapa anda kelak..

Sebagai seorang isteri pula,
hormatilah dan taat kepada suami anda
selagi permintaanya tidak tersasar dari landasan Islam..

seorang anak lelaki mesti bertanggungjawab
ke atas ibunya yg telah tua..
dan sekiranya mereka melalaikan tanggungjawab itu,
maka berdosalah mereka..
terutamanya kpd anak lelaki yg paling tua..
anak perempuan pula tidak mempunyai tanggungjawab itu
lantaran mereka perlu taat kpd suami mereka..
seorang isteri yg berbuat baik
dibari ganjaran pahala kepadanya..
jika mereka melakukan kemungkaran, 
maka berdosalah mereka dan suami mereka..

Tanggungjawab suami adalah wajib memberi nafkah kpd isteri..
Si isteri tidak mempunyai tanggungjawab itu..
Namun jika si suami tidak melaksanakan tanggungjawab itu,
maka dosa bagi mereka..
kerana memberi nafkah itu adalah wajib bagi seorang suami..
Sungguhpun demikian, si isteri boleh membantu sama2 mencari rezeki
utk membantu suami
menambahkan pendapatan keluarga
sekiranya dibenarkan oleh suami..

Sebagai seorang yg bernama lelaki,
adalah menjadi tanggungjawab anda utk melindungi wanita..
Ini kerana kaum lelaki telah diberi kekuatan
berbanding kaum wanita yg disifatkan lebih lemah..

Seandainya seorang lelaki menzalimi kaum wanita,
maka dia telah mendapat dosa berlaku zalim..
Maka, lindungilah kaum wanita..
terutamanya wanita dalam kalangan ahli keluarga anda sendiri
iaitu ibu, kakak, serta adik perempuan anda..

Sebenarnya ada banyak lagi tanggungjawab2 dan dosa2 yg perlu ditanggung
oleh seorang lelaki..
lebih2 lagi seorang suami dan bapa..
Ada sebabnya mengikut kajian umur,
perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki kerana
lelaki tidak dapat menanggung dosa2 
yg terpaksa ditanggung oleh mereka..
Wallahhualam..

Nadia Aqilah Bajuri - Akan Ku Jumpa



Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari erti cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu

Ku meneruskan langkahku
Dan mengejar bayang-bayangMu
Sinarkanku cahaya dari mataMu

Inginku temu cinta
Mengisi ruang hatiku
Takkan pernahku berhenti mencari



Saturday, July 23, 2011

singa VS harimau


Menarik kan tajuk entry kali nie?
mungkin ada yg dah tahu maksudnya..
mungkin jugak masih ada yg tak faham
dengan apa yg sebenarnya aku nak sampaikan nie.. 
sebenarnya...
entry aku nie pasal pertandingan bola sepak
antara Singapura(singa) dgn Malaysia(harimau)
dalam perlawanan kelayakan ke 
Zon Asia Piala Dunia FIFA  2014..
perlawanan antata dua negara jiran nie berlangsung mlm td
dgn kelebihan mata kpd Singapura dgn 5 gol berbalas 3...
perlawanan secara lansung tadi dipancarkan dari
Stadium Jalan Besar, Singapura
 bermula jam 7.30 mlm..
di awal permainan, skuad Harimau Malaya boleh berbangga dengan kelincahan Safee Sali
apabila beliau menyumbangkan gol utk Malaysia
seawal minit yg pertama..
satu pencapaian yg cukup membanggakan..



Namun, mungkin singa masih belum bersedia dgn "ngauman harimau" ketika itu..
lantas Singapura bangkit dan berjaya membolosi gawang Malaysia
sebanyak 4 jaringan berbalas 1...        
Skuad Malaysia yang kehilangan ketua pasukan, Safik Rahim 
selepas dilayangkan kad merah
 mula menunjukkan keyakinan mengawal permainan 
sebelum Singapura menjaringkan satu gol menjadikan keputusan 5-3 di separuh masa yg kedua.. 
Keputusan itu masih membuka peluang kepada skuad Harimau Malaya
 utk layak ke pusingan seterusnya 
jika Malaysia mampu menewaskan pasukan Singapura 
dengan jaringan 3 gol 
dan menggagalkan pasukan lawan mendapatkan jaringan
 pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai nanti..
Apa pun, syabas diucapkan kpd pasukan Skuad Harimau Malaya
kerana telah mencuba sehabis baik..
Selepas Malaysia ditinggalkan 4-1,
mood utk menyaksikan perlawanan nie semakin kurang..
tapi setelah Malaysia bangkit dengan gol ke-2 dan ke-3,
semangat  aku kembali..
tak sabar nak menyaksikan perlawan pada 28 Julai nanti..
sama2 lah kita saksikan...


anda perasan atau tidak?

Anda perasan atau tidak?
sedarkah anda??
sebenarnya,
terdapat imej anak panah
berwarna putih
di tengah2 logo
FEDEX
(di antara huruf E dan X)

:- perhatikan logonya di bawah....






Friday, July 22, 2011

tiba-tiba teruja nak beli jersi Harimau Malaya

Assalamualaikum dan selamat pagi utk semua...
Selamat hari Sabtu..hehe..
aku sebenarnya tak tahu nak post apa sekarang nie..
tadi saje2 aku buka2 webpage yg mana sempat..
belek punya belek,
tetiba berkenan lak dengan satu webpage nie..
ada publishkan pasal jersey Malaysia..
aku tau ramai kawan2 aku n org lain dah dapatkan jersi nie
especially masa Malaysia menang Piala Suzuki hari tu..
tapi aku nie bukan jenis yg pakai jersi sgt..
tapi sekarang nie teringin lak nak beli..
rasa berkenan lak..
poket lak kering sekarang nie.huhu...
tunggu semester depan je lah....





tak sabar menanti kehadiran ramadhan



Pejam celik pejam celik,
bulan Sya'ban dah hampir melabuhkan tirainya..
Tirai Ramadhan pulak yg akan kita buka..
Tak sabar betul aku nak merasai nikmat Ramadhan kali nie..
Dah lama aku tak berpeluang berkumpul sepanjang Ramadhan dengan famili
sbb jadi anak rantauan.. biasalah student mcm aku nie..
tapi kali ni alhamdulillah..
Ramadhan kali nie aku dapat berada di kampung
sepanjang bulan Ramadhan
bulan yg mulia nie
sbb aku bercuti selama 4 bulan
iaitu dari May sampailah September..
Syukur Alhamdulillah..
Aku dapat merasai nikmat Ramadhan pada tahun nie..



mimpi...



Semalam aku ada dapat satu mimpi..
mimpi yg aku suka sgt2..
mimpi tu lebih kurang mcm nie..
masa tu aku tgh duduk dalam bilik..
tetiba datang sorg cikgu. dia jenguk2 ikut tingkap..
pastu dia tegur aku..
tau tak ape yg dia nk cakapkan?
dia offer aku jadi cikgu kat sekolah dia..
padahal aku tak tahu pun apa jawatan dia kat sekolah dia tu..
and then aku terus setuju n berjaya capai impian dan cita2 aku..
dari dulu aku nak jadi cikgu..
dlu masa sekolah, kalau cikgu tanya aku
 apa cita2 aku,
aku mesti jawab nak jadi cikgu..
kemudian impian jadi kenyataan..
tapi MIMPI semata2...
bangun2 tdo siang td punyalah syok..
jadi lah kan klu dalam mimpi pun dari x dapat langsung..
hehehe...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...