Sunday, July 3, 2011

aduhai Nora Elena..



Sapa tak kenal dengan drama bersiri melayu yg ditayangkan setiap isnin sampai khamis pukul 7.00P-8.00P kan.. drama melayu slot akasia bertajuk Nora Elena ni mmg telah mencipta rekod yg tersendiri bila drama ni sering menjadi bualan org ramai terutamanya kpd pencinta2 drama tempatan.. dan aku pun tak ketinggalaln nk menyaksikan drama bersiri ni.. tapi dalam sedar tak sedar, rupa, rupanya ada jugak pihak yg me"reject" tayangan drama Nora Elena lakonan hebat Aaron aziz dgn Siti Saleha ni..  mmmmmm.. awat pasaipa aarr?? kenapa pulak drama sehebat tu pun masih ada org tak suka? sampaikan sanggup hantar surat kat TV3 lah.. excited betull.. kalau hgpa semua tak percaya, try usha2 surat kat bawah ni.. baca sampai habis ye.....

Nowa
Kakitangan Kerajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??
Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha
vi ) kari hangus, nasik hangit.

Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”

“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis-gadis diluar sana.

Sekian,

“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya.


mmmmmmmmm..macam2 kan manusia zaman sekarang ni..sampai macam tu skali pemikiran depa.. mcm2 alasam yg depa bagi.. pihak TV3 yg dpt surat ni pun tak duduk diam n terus reply kiriman surat "ilmiah" tersebut... ni lah isi kandungan surat balasan dari pihak TV3 tu.. baca ye...




Bahagian Aduan Drama Citer Sedap Giler
Pejabat Ketua Giler Kuasa Tapi Baik Hati
Tingkat 500 (Lif Rosak, naik tangga )                                       Tel : 603 – 3222 2222
Wisma Zuyyin Zulaikha                                                           Fax : 603 – 2333 3333
Kuala Lumpur.                                                                         Email : waklolokjer@zz.my


                                                                                    Ruj Tuan: 84shazlinboloxpipigem
Ruj Kami: 84ZZsangatbaik

Tarikh: 07 June 2011

Puan Nowa
Pengerusi Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Kakitangan Kajaan
Putrajaya

Puan,
Relevan Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita terbahak bahak dimaklumkan, surat daripada pihak Puan telah diterima dan pihak kami telah berbincang dan menyelesaikan masalah mengenai isu yang dibangkitkan oleh pihak Puan. Antara perbincangan dan penyelesaian dari pihak kami ialah :
  
i)                    Membuatkan jiwa suami isteri terganggu
Untuk penyelesaiannya, lebih baik pihak Puan pergi berjumpa dengan bomoh, dukun, pawang atau perubatan secara islam kerana biasanya orang2 jiwa terganggu ni ada “benda/makhluk halus” melekat kat dia. Di nasihatkan Puan jangan pandang belakang. Ohh, saya nak promote sikit. Sila la pergi Pusat Rawatan Darussyifa’ Kat Gombak tu. Di sana pihak Puan boleh berjumpa dengan Ustaz Amirul a.k.a Asyraf Muslim. Cemart cangat dia tau. Auwww.. Kami pasti tiada lagi gangguan jiwa suami isteri.

ii)            Memberi harapan pelesu kepada gadis – gadis yang belum menikah
Puan, kadang2 berangan itu bagus. Itu tandanya kita ada matlamat. Lagipun berangan itu free, pisang berangan je kena bayar kalau nak. Puan ada bukti ke mengatakan “non ada lelaki MELAYU se romantik Seth Tan”? Elehh, sebenarnya puan jeles sebab suami Puan tidak se romantik Seth lalu menuduh semua leleki MELAYU tidak romantik. Puan kata yang romantik adalah lelaki Bangladesh, lelaki Lombok & Shah Rukh Khan saje. Alaa, itu tidak menjadi masalah yer Puan. Kalau perempuan berkahwin dengan lelaki Lombok / Bangladesh, dorang boleh pergi JPN isi borangPermohonan Kewarganegaraan Perkara 15(1). Tidakkah status Lombok & Bangladesh itu bertukar menjadi Malaysia? Haa settle masalah bukan?

iii)           Pasangan bercinta kerap bergaduh
Aduhh... tak relevan betul point Puan yang ini. Kalau Sang Aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga, itu small matter jela. Bukankah lelaki mempunyai 9 akal? Pasti lelaki bijak mengkelentong awek dia, memberi  alasan mahupun memujuk rayu bila Sang Aweks merajuk. Bagi penyelesaian dari pihak kami pulak, kami cadangkan Sang Lelaki memberi bunga telur kepada Sang Awek agar duit poket Sang Lelaki  jimat. Sekarang kang musim orang kawin. Bunga telur bersama telur free boleh didapati dengan mudah sekarang ini. Curi sahaja minyak attar kepunyaan ketua kampung lalu di sapu pada bunga telur itu. Tidakkah bunga telur itu lebih wangi baunya dari bunga fresh? Ataupun kami cadangkan Sang Lelaki membeli bunga plastik murah yang sebijik macam bunga fresh yang dijual di Mydin. Ohh lagi satu… kalau Sang Lelaki berkata “kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand2?” Sila Tanya Sang Lelaki balik ikut skema jawapan ini “ Abg ingat abg tu hensem sangat setanding selipar jamban ke yang nak eksyen sangat tanya Syg camtu? Biar dia sedar, selama ini selipar jamban lagi hensem dari dia.


i)              Tak logik punya citer
Sesedap mulut tak de insurans pihak Puan je cakap tak logik punya citer. Bukan ada adegan pari2 muncul berterbangan macam citer Indonesia Bawang Putih, Bawang Merah tu. Bukan ada adegan di mana alien muncul bersama UFO nya. Ada ke lelaki se sabar Seth tu setelah berapa lama kawen baru boleh “ bersama” ? Lorr, Seth tu terpaksa sabar sebab Nora Elena tu keluar darah Istihadah iaitu darah keluar tanpa putus-putus after period tuu. Di harap pihak Puan think positif la. Bukan saje2 Seth tu nak sabar.

v)             Kari hangus, nasik hangit
Ini bukan masalahnya sampai pihak Puan membantah penyiaran drama ini. Pihak kami cadangkan Sang isteri angkut jer dapur gas dan tong gas tu letak depan TV kat hall tu. Memasak sambil bersila depan TV kan syiokkk. Tak pun, kami cadangkan, TV itu di angkut ke dapur.

vi)           Menganggu tumbesaran anak kecil
Memandangkan si anak kecil itu tidak tahu apa2, jadi secara logiknya si anak kecil itu akan buat derk & bodoh jer. Bila dia buat derk & bodoh jer, dia tidak akan fikir apa2. Bila dia tidak fikir apa2, si anak kecil itu tidak akan tension. Bila si anak kecil tidak tension, secara otomatiknya tidak menganggu tidur, makan, mood mahupun tumbesaran dia.

3.         Kalau pihak Puan masih lagi rasa terganggu, pihak kami cadangkan pihak Puan jangan tengok citer Nora Elena yang bersiaran pada pukul 7 malam itu. Adalah lebih baik, pihak Puan dan Sang Suami bersiap2 di sejadah untuk sembahyang Maghrib berjemaah bersama si anak kecil. Pasti jiwa suami isteri aman, tenang malah tidak lagha dan lalai ketika waktu itu.

4.         Sekian penyelesaian dari pihak kami. Terima kasih kerana sudi menghantar surat kepada kami untuk dimajukan. Memang kami majukan surat tersebut ke dalam “DUSTBIN”. Dan semoga dengan balasan surat dari pihak kami, tiada lagi kekeliruan, kecelaruan, gangguan, kari hangus, nasi hangit, dahi lebam akibat berangan. Kerana semuanya telah kami settle kan bersama hujah2 nya untuk di aplikasikan dalam kehidupan pihak Puan.

5.         Ohhh.. satu lagi.. Ayat ni saya tambah sendiri. Bos saya tidak tahu. Ehh, Puan Nowa.. setakat Puan sorang tak nak tengok citer ni, tak jejas langsung pun penonton2 citer Nora Elena tau.  Sebab memang sudah ramai yang terpukau dan melekat seperti ada elephant glue di depan Tibi tau. Lagi2 saat Seth Tan dan Nora Elena beraksi. Bukan setakat rakyat Malaysia jer tengok, warga Zimbabwe yang tak faham tu pun terpukau tengok drama ni. Ellehhh.. Puan Nowa dengki lettew suami puan tak romantik macam Seth Tan. Hikhikhik

Sekian, Terima Kasih

“BERFIKIRAN POSITIF ADALAH TUNGGAK KEPADA KEHIDUPAN YANG BAIK DAN SIHAT”


(WANO BINTI OWAN)
Setiausaha
Bahagian Aduan Drama Citer Sedap Giler


hahahahahaha,, macam ni punya hal pun ada ka.. macam2 manusia zaman sekarang ni..aku sekadar bertujuan utk menghiburkan shaja ni surat2 ni pun ramai blogger yg dah post dalam blog depa n ramai juga yg dah share kat facebook masing2..aku ja lambat post hehee..harap hangpa2 semua dapat enjoy lah k... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...