Monday, July 25, 2011

Bahaya shisha


Shisha, antara kita sedar atau tak,dah dianggap trend atau kecenderungan yg semakin menular sekarang ni. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yg sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita. 

Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar utk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yg positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya brbanding rokok dari pelbagai segi.

Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dlm kalangan masyarakat umum, segelintir org masih ketagih dgn amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.

Ramai menyatakan ia lebih selamat drpd merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bg rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau.. Tembakau yg digunakan utk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yg digunakan utk shisha diperam. 

Air dlm shisha tdk dapat menapis byk jenis toksin dlm asap shisha. Shisha jg mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain2 bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yg digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru menjadi lebih teruk berbanding rokok biasa yg juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan utk mengawet dan merawat tembakau dlm rokok. 

Bg mereka yg menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kpd bahaya lain seperti penyakit yg merebak melalui air liur. Penyakit yg biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital di sana. 

Kerajaan tak putus2 asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yg lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kpd masyarakat utk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bg menjamin tahap kesihatan diri sendiri. 

Malaysia menantikan generasi masa hadapan yg lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yg negatif. Tak ada siapa dpt mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Jgnlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...