Wednesday, July 6, 2011

bersih? aku no komen

Perhimpunan bersih? Siapa yang tak tahu mengenai agenda politik ni.
Aku sebenanrnya kurang berminat mengenai isu politik yang satu ini,
tapi disebabkan ia sudah menjadi kewajipan aku
sebagai rakyat yang berwarganegara Malaysia
dan sudah layak untuk mengundi,
aku mempunyai pendapat aku sendiri.
Honestly bagi aku,
setiap parti politik di Malaysia ini mempunyai hak masing-masing
untuk mengeluarkan pendapat dan menyuarakan ketidakpuasan hati
masing-masing
in term of freedom of speech.
Aku rasa perhimpunan yang bakal berlangsung 9 Julai nanti
yang diadakan di stadium adalah lebih baik daripada
diadakan di kawasan yang lebih terbuka
sekaligus dapat mengelakkan sebarang kemungkinan atau kekecohan
yang bakal berlaku sehinggakan mampu menggugat keselamatan awam.
Apa yang penting sekarang ini, kita sebagai rakyat Malaysia
perlulah sama-sama menghormati antatra satu sama lain.
Janganlah terlalu taksub untuk memimpin tampuk pimpinan negara
sehinggakan mencetuskan sesuatu yang merosakkan kedaulatan sesebuah negara.
Asalkan agenda ini tidak memberi sebarang risiko ataupun kesan yang berbahaya,
maka tidak salah bagi aku untuk perhimpunan ini diteruskan.
Jika perkara yang tidak diingini berlaku,kita sendiri tahu sejauh mana relevan
perhimpunan ini.
tepuk dada, tanya selera..
Semoga kita dapat terus hidup di bumi Malaysia sebagai sebuah negara
yang aman, damai, dan merdeka bukan sahaja
dari segi kebebasannya, tetapi juga dari segi pemikirannya.
Wallahhualam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...