Friday, July 15, 2011

khasiat rambutan


ada yg manis, ada yg masam..
macam2 jenis ada..
tapi, sedar atau tidak,
dalam kemanisan setiap jenis rambutan yg kita makan,
ada khasiat yg tersendiri..
baik utk kesihatan, mahupun kecantikan..
tidak hanya brgantung pada rasa isinya yg sedap..
tp juga khasiat penggunaan dari
pelbagai sudut rambutan
termasuklah kulit buah,
kulit pokok, daun, biji, dan akar..

Khasiat Rambutan (Nephelium lappaceum)
Rambutan adalah salah satu tanaman yang multi guna. Semua bahagian dari tanaman ini, dari kulit, daun, biji, sampai akar, dapat berfungsi sebagai ubat. Daya tawarnya juga luar biasa. Demam, uban, radang usus, ulser mulut, sampai kencing manis, boleh disembuhkan dengan ramuan yang tepat.

Bagian tanaman yang bermanfaat: kulit buah, kulit kayu, daun, biji, dan akarnya. Detail manfaatnya adalah sebagai berikut:

1. Kulit buah: untuk mengatasi radang usus, demam
2. Kulit kayu: untuk mengatasi ulser mulut
3. Daun: untuk mengatasi radang usus dan menghitamkan rambut
4. Akar: untuk mengatasi demam
5. Biji: untuk mengatasi kencing manis (diabetes melitus)

Untuk ubat yang diminum, tidak ada dos yg tepat, secukup rasa. Lihat contoh pemakaian. Untuk pemakaian luar, giling daun sampai halus, lalu tambahkan sedikit air. Gunakan air perahannya untuk menghitamkan rambut yang beruban.

Contoh - contoh pemakaian:
1.Radang usus. Cuci kulit buah rambutan (10 buah), potong-potong seperlunya. Tambahkan tiga gelas minum air bersih, lalu rebus sampai airnya tersisa separuhnya. Setelah ,sejuk, tapis dan minum sehari dua kali, masing-masing tiga suku gelas.

2. Demam. Cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan (15 g). Tambahkan tiga gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 menit. Setelah sejuk, tapis dan minum tiga kali sehari, masing-masing tiga suku bahagian.

3. Menghitamkan rambut beruban. Cuci daun rambutan secukupnya, lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit air sambil dicampur gaul rata sampai menjadi adunan seperti bubur. Perah dan tapis dengan sehelai kain. Gunakan air yang terkumpul untuk membasahi rambut kepala. Lakukan setiap hari sampai terlihat hasilnya.

4. Kencing manis. Goreng biji rambutan (lima biji), lalu giling sampai menjadi serbuk. Rendam dalam satu jag air panas. Setelah sejuk, minum air tersebut dengan satu nafas. Lakukan 1-2 kali sehari

5. Ulser mulut. Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tersisa satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi hangat suam2 kuku.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...