Wednesday, July 6, 2011

KL Gangster




4 setengah bintang out of 5 untuk filem terbaru arahan Syamsul Yusoff. Kalau nak dibandingkan dengan filem Kongsi mahupun filem-filem aksi yang lain,  KL Gangster ternyata sebuah filem yang lebih ganas, mantap, dan menarik. Mutu lakonan dan jalan penceritaan yang superb menjadikan filem ini menjadi pilihan penonton sehingga pecah panggung dan mencatatkan kutipan box office melebihi RM11 juta.
Apa yang boleh dipuji untuk filem terbaik arahan Syamsul selain Khurafat, skrip dan aksi lawan termasuk tumbuk menumbuk dan tembak menembak menjadikan filem ini nampak hidup dan mantap. Ditambah dengan celoteh pelakon lawak, Zizan menjadikan filem ini menjadi lebih menarik dan segar. Kehadiran lawak-lawaknya mengelakkan penonton daripada menjadi terlalu bosan.
Namun, tetap ada pro n cons nya. Kesudahan cerita ini kelihatan seperti penonton merasakan tidak puas kerana apa yang berlaku selepas aksi lawan antara adik beradik iaitu lakonan Aaron Aziz dan Ady Putra hanya diketahui oleh penonton melalui penceritaan yang diceritakan oleh Aaron.
Whatever it is, sekalung syabas dan tahniah diucapkan buat Syamsul. Filem KL Gangter sememangnya telah mencetuskan satu fenomena baru dalam industri perfileman tanah air meskipun berhadapan dengan pelbagai ancaman, cabaran, dan dugaan termasuk kecaman dari PEKIDA. 

Syabas Anak Malaysia!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...