Thursday, July 28, 2011

Meskipun tewas, semangat juang barisan skuad Harimau Malaya harus dipuji

Berbekalkan sokongan dan sorakan penonton di
Stadium Nasional Bukit Jalil,
dengan kehadiran hampir 90,000 penyokong Malaysia,
Malaysia terpaksa akur dgn kekalahan menentang Singapura
dlm pusingan kedua kelayakan ke Piala Dunia 2014..
Meskipun Malaysia mampu menjaringkan gol sebanyak satu gol mlm td,
ia tidak mencukupi buat meninggalkan Singapura kerana
tewas kepada Singapura dengan agregat 6-4.
Walaupun tewas, aku sgt2 berbangga dengan mutu permainan
yg dibuktikan oleh barisan pemain tempatan..
Mereka berjuang bermati-matian sehingga 
bunyi wisel penamat dibunyikan.

Setelah Aidil Zafuan keluar padang sekitar minit yg ke-20,
penonton berasa sedikit kecewa.
Aidil Zafuan tidak mampu bertahan kerana mengalami kecederaan
ditambah dgn kecederaan yg dialaminya
ketika menentang Arsenal masih belum pulih sepenuhnya..

Aidil Zafuan
Aidil turut berasa kecewa kerana tidak mampu meneruskan aksi
utk menentang Singapura namun keadaannya tidak mengizinkan.

Kapten pasukan Malaysia, Safee Sali akhirnya
berjaya menghadiahkan satu jaringan gol buat Malaysia
pada minit yg ke-53 hasil hantaran S.Kunalan..

Safee Sali
Gamat Stadium Nasional Bukit Jalil dgn jaringan gol sulung olehnya mlm td..
Namun beberapa minit  kemudian, kejayaan Singapura
utk menyamakan gol telah memberikan Malaysia tekanan
kerana Malaysia terpaksa mengumpul lagi 2 gol
bagi memastikan Malaysia layak ke pusingan seterusnya..
Akhirnya sehingga 5 minit masa tambahan diberikan,
Malaysia terpaksa akur dgn kekalahan agregat 6-4 kpd Singapura..

Apa yg paling membanggakan, penjaga gol kebangsaan,
Khairul Fahmi Che Mat,
telah byk mematahkan usaha Singapura menjaringkan gol.
Begitu byk cubaan yg dilakukan oleh pemain Singapura
telah berjaya diselamatkannya..

Khairul Fahmi Che Mat
Dia begitu tangkas dan cekap menangkis setiap cubaan yg dilakukan 
bg membolosi gawang gol Malaysia.
Ternyata Khairul Fahmi adalah pemain terbaik Malaysia pd
perlawanan malam td..

Apa yg paling mengecewakan, pemain Singapura
penuh dgn sandiwara dan tipu helah..
Mereka sering melengah2kan masa ketika perlawanan..
Hal ini sedikit sebanyak merencatkan usaha Malaysia
utk terus mara membolosi gawang gol Singapura..
Penjaga gol Singapura juga tidak terlepas dari agenda yg sama..
Dia membazirkan masa hampir 2 minit dgn alasan cedera
sehingga akhirnya dia dilayangkan kad kuning
oleh pengadil yg dibawa dari Jepun..

Keseluruhannya, meskipun kita tewas,
namun bg aku secara peribadinya aku tetap berbangga
dgn semngat juang yg dipamerkan para pemain Malaysia sebentar td..
Sekalung ucapan tahniah utk jurulatih dan barisan pemain.
Meskipun trpaksa menunggu 4 tahun lg utk kelayakan seterusnya,
diharapkan pminat2 bola sepak tempatan
terus menyokong pasukan bola sepak tempatan..
Majulah sukan utk Malaysia!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...