Sunday, July 3, 2011

petai ohh petai.


Petai??? mesti ramai yg tak berapa minat 
dgn ulam yg satu ni..
bau mulut boleh mengalahkan
perfume...
pastu, klu terlepas satu udara melalui rongga badan 
yg tak berapa nk digemari, bau
dia alamak aiii...
terbaek lah...hahaha
tapi ramai juga yg sebenarnya suka dengan ulam ni...
tak kisah lah nk dimakan mentah2 ka,
dibakar ka atau dimasukkan sebagai rencah dlm
masakan, petai sebenarnya
mempunyai satu rasa unik..
aku sendiri mmg suka giler mkn petai..
and salah satu top list dlm
senarai fav food aku ialah sambal udang petai...
perghhh..mmg sedap gila...
kena pulak dgn nasik panas2 kan waktu tgh hari 
pi berkelah tepi pantai ka.. air terjun ka..
tepi bendang pun okay...
mmg syahdu..layann...
tapi jgn tak tau.
sedap2 jugak..petai sebenarnya ada khasiat
dia jugak..ramai yg tak tahu..yg depa tau masuk ikut
mulut,keluar ikut tuttt.. tu jaa..
haaa ni aku nak kongsi2 sikit la khasiat petai ni..
semoga dpt menambah pengetahuan kita bersama..

  1. STROK : Berdasarkan kajian dan penelitian yg diperolehi drpd The New England Journal Of Medicine, mendapati bahawa amalan memakan petai setiap hari berupaya mengurangkan risiko terkena strok sebanyak 40%.
  2. MEROKOK: Petai dikatakan berupaya membantu individu yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium, dan juga mmagnesium yg terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat drpd ketagihan nikotin.
  3. ANEMIA: Dengan kandungan zat besi yg tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
  4. SEMBELIT: Petai memiliki kandungan serat yg tinggi. ia membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
  5. KEGEMUKAN: Hasil kajian yg telah dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati bahawa tekanan yg dialami akibat kerja menyebabkan ramai yg memilih coklat utk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berdepan dengan masalah kegemukan. Amalan memakan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.
  6. TEKANAN: Petai dipercayai dpt mengurangkan tekanan kerana mengandungi Trytophan yg berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...