Sunday, July 17, 2011

Sekali Lagi

Filem: Sekali Lagi

Pengarah: Hashim Rejab
Genre: Komedi Romantik
Pelakon: Shaheizy Sam (Arman), Lisa Surihani (Sheila), Mia Sara Nasuha (Amy), Bront Palarae (Haris), Kartina Aziz (Puan Suria)



Honestly, baru semalam aku ada chance tgk citer nie.. Tu pun sebab tgk dvd.. Aku tak sempat nk tgk wayang mase citer nie tgh main.. Satu lg filem komedi romantik lakonan Lisa Surihani slepas I'm Not Single dan Semerah Cinta Stilletto.. 

Salah satu elemen penarik dari kaca mata aku untuk filem nie ialah para pelakonnya sendiri.. Mungkin ramai jugak yg sedar... Kita blh tgk, ada byk pelakon hebat dan popular dlm filem nie.. Lisa Surihani dan Bront Palarae sudah semestinya Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik utk FFM yg lepas.. Shaheizy Sam pulak, nama dia sejak akhir2 nie sering menjadi sebutan ditambah plak dgn kemengan beliau pada Anugerah Bintang Popular 2010 sebagai Bintang Paling Popular 2010. Si cilik Mia Sara plak tak perlu dipertikaikan lagi kecomelannya dari segi rupa dan lakonan,mmg kedua2 comel..

Not bad jugak lah cerita nie. layan je.. rata2 org cakap filem nie sedih..ermmm.. sedih jugak lah.. sebab filem nie mengenengahkan bagaimana kesengsaraan yg dialami oleh manusia dlm pelbagai cara. 

Contohnya, watak Shiela lakonan Lisa Surihani mmg terpaksa menanggung beban yg besar bila dia kehilangan semuanya dalam satu hari.. Ada satu hari tu, bapak dia meninggal, lakonan Bob Lokman.. dan pada masa yg sama, suami dia, Arman, lakonan Shaheizy Sam tinggalkan dia sebab tak sanggup hidup dlm kesusahan.. yalah muda lagi kawin masa masing2 tingkatan 6 pastu kawin tanpa restu mak bapak.. yg sedihnya lg, sebelum si suami Sheila nie tinggalkan rumah, dia sempat lafazkan lafaz cerai kat si Sheila nie.. Lepas tu tau2 plak si Sheila nie mengandung.. memang besar betul dugaan yg diterima Sheila..

Arman pulak asalnya normal sampaikan mampu mengahwini Sheila.. tapi akhirnya dia telah menghidap penyakit authisme disebabkan komplikasi yg berlaku pada otaknya selepas dibedah akibat barah.. lalu terpaksa menjalani hidup sbgai seorang yg terencat..

Not bad lah citer nie.. Walaupun agak kelewatan aku tgk, ok jugak lah.. layan je.. Overall, 3.5 bintang utk Sekali Lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...