Sunday, July 17, 2011

Selamat Pengantin Baru Farah Diana Anuar

Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke 2, Farah (Farah Diana Anuar) yg popular dgn tagline Breeppp breeppp... telah sah  bergelar isteri kepada Johan Johari seorang ahli perniagaan dengan hanya sekali lafaz... Upacara akad nikah berlangsung di atas sebuah kapal cruise di Tasik Putrajaya... Bertemakan  Love Lake Garden, Farah  & Johan disandingkan di atas pelamin yang direka indah oleh En. Ary, Wedding Couture.

Pihak Johan  membawa 7 dulang hantaran termasuk senaskah Al-Quran, sebuah iPad, seutas beg tangan Gucci, satu set wangian Chloe.. Manakala pihak  Farah membalas dengan 9 dulang hantaran iaitu seutas jam tangan Oris, sehelai baju Armani Exchange, sebiji kek & tali pinggang Gucci…Farah menerima mas kahwin RM2,500 sementara hantaran pula berjumlah RM25,185.

Farah yang juga merupakan  Pengacara Rasa Halal Orient dan Nasi Lemak Kopi 'O'  yang pernah popular dengan lagu Tangisan Dalam Kerinduan begitu  berseri seri dalam busana warna putih salju.. Tahniah diucapkan kepada Farah AF2 semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat….


Ketika Majlis Pertunangan

Ketika Majlis Berinai





Ketika Majlis Pernikahan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...