Saturday, July 23, 2011

singa VS harimau


Menarik kan tajuk entry kali nie?
mungkin ada yg dah tahu maksudnya..
mungkin jugak masih ada yg tak faham
dengan apa yg sebenarnya aku nak sampaikan nie.. 
sebenarnya...
entry aku nie pasal pertandingan bola sepak
antara Singapura(singa) dgn Malaysia(harimau)
dalam perlawanan kelayakan ke 
Zon Asia Piala Dunia FIFA  2014..
perlawanan antata dua negara jiran nie berlangsung mlm td
dgn kelebihan mata kpd Singapura dgn 5 gol berbalas 3...
perlawanan secara lansung tadi dipancarkan dari
Stadium Jalan Besar, Singapura
 bermula jam 7.30 mlm..
di awal permainan, skuad Harimau Malaya boleh berbangga dengan kelincahan Safee Sali
apabila beliau menyumbangkan gol utk Malaysia
seawal minit yg pertama..
satu pencapaian yg cukup membanggakan..



Namun, mungkin singa masih belum bersedia dgn "ngauman harimau" ketika itu..
lantas Singapura bangkit dan berjaya membolosi gawang Malaysia
sebanyak 4 jaringan berbalas 1...        
Skuad Malaysia yang kehilangan ketua pasukan, Safik Rahim 
selepas dilayangkan kad merah
 mula menunjukkan keyakinan mengawal permainan 
sebelum Singapura menjaringkan satu gol menjadikan keputusan 5-3 di separuh masa yg kedua.. 
Keputusan itu masih membuka peluang kepada skuad Harimau Malaya
 utk layak ke pusingan seterusnya 
jika Malaysia mampu menewaskan pasukan Singapura 
dengan jaringan 3 gol 
dan menggagalkan pasukan lawan mendapatkan jaringan
 pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai nanti..
Apa pun, syabas diucapkan kpd pasukan Skuad Harimau Malaya
kerana telah mencuba sehabis baik..
Selepas Malaysia ditinggalkan 4-1,
mood utk menyaksikan perlawanan nie semakin kurang..
tapi setelah Malaysia bangkit dengan gol ke-2 dan ke-3,
semangat  aku kembali..
tak sabar nak menyaksikan perlawan pada 28 Julai nanti..
sama2 lah kita saksikan...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...