Tuesday, July 19, 2011

Tahniah Nurul Syuhada Nurul Ain..Kini sah isteri orang...

Dengan sekali lafaz, personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, sah bergelar isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa, 29, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di The Binjai On The Park, Kuala Lumpur City Center (KLCC), di sini malam kelmarin.

Upacara akad nikah dalam majlis bertemakan ala Maghribi itu disempurnakan bapa Nurul Syuhada sendiri, Mohd Zin Idris sambil disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, Mohd Abd Nasir Abdullah.

Nurul Syuhada Nurul Ain menerima mas kahwin daripada Raja Amir Shah sebanyak RM777 serta wang hantaran sebanyak RM20,111.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...