Sunday, July 24, 2011

tanggungjawab dan dosa seorang LELAKI



Assalamualaikum wbt..
terima kasih sebab sudi singgah blog yg tak seberapa nie..
Alhamdulillah... hari nie aku terasa nak berkongsi ttg something yg penting
terutamanya utk pengetahuan lelaki2 termasuklah aku..
mengenai tanggungjawab dan dosa seorang lelaki.
setiap insan di muka buni Allah yg bernama lelaki
dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT
utk memegang tanggungjawab yg besar..
bukan sahaja utk dirinya sendiri, 
tetapi juga utk org2 yg di sekelilingnya...
jika mereka cuai, maka teramatlkah besar dosa
yg terpaksa mereka tanggung..

Seorang lelaki bujang akan menanggung dosa utk dirinya sendiri
apabila dia sudah mula baligh
 kerana sudah mula matang dan boleh berfikir sendiri..
manakala dosa seorang gadis bujang masih ditanggung oleh bapanya..
Dosa seseorang lelaki yg telah baligh
 tidak akan ditanggung oleh ibu bapa mereka lagi..
ia berbeza dengan gadis yg telah baligh yg belum berkahwin...

Untuk seorang wanita pula,
 dosa2 yg mereka lakukan
akan ditanggung oleh mereka sendiri dan juga bapa mereka..
jika mereka berkahwin kelak,
suami mereka terpaksa menanggung dosa mereka..

Bagi seseorang lelaki yg telah berkahwin, besar tanggungjawabnya..
mereka terpaksa menanggung dosa mereka sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yg belum berkahwin,
dan juga dosa anak lelaki yg belum baligh...
begitulah besar dan berat dosa 
yg terpaksa ditanggung oleh lelaki..
terutama yg bergelar suami dan bapa..

Oleh itu, bagi seorang anak, terutamanya perempuan,
sayangilah bapa anda dan jangan melakukan dosa
yg terpaksa ditanggung bapa anda kelak..

Sebagai seorang isteri pula,
hormatilah dan taat kepada suami anda
selagi permintaanya tidak tersasar dari landasan Islam..

seorang anak lelaki mesti bertanggungjawab
ke atas ibunya yg telah tua..
dan sekiranya mereka melalaikan tanggungjawab itu,
maka berdosalah mereka..
terutamanya kpd anak lelaki yg paling tua..
anak perempuan pula tidak mempunyai tanggungjawab itu
lantaran mereka perlu taat kpd suami mereka..
seorang isteri yg berbuat baik
dibari ganjaran pahala kepadanya..
jika mereka melakukan kemungkaran, 
maka berdosalah mereka dan suami mereka..

Tanggungjawab suami adalah wajib memberi nafkah kpd isteri..
Si isteri tidak mempunyai tanggungjawab itu..
Namun jika si suami tidak melaksanakan tanggungjawab itu,
maka dosa bagi mereka..
kerana memberi nafkah itu adalah wajib bagi seorang suami..
Sungguhpun demikian, si isteri boleh membantu sama2 mencari rezeki
utk membantu suami
menambahkan pendapatan keluarga
sekiranya dibenarkan oleh suami..

Sebagai seorang yg bernama lelaki,
adalah menjadi tanggungjawab anda utk melindungi wanita..
Ini kerana kaum lelaki telah diberi kekuatan
berbanding kaum wanita yg disifatkan lebih lemah..

Seandainya seorang lelaki menzalimi kaum wanita,
maka dia telah mendapat dosa berlaku zalim..
Maka, lindungilah kaum wanita..
terutamanya wanita dalam kalangan ahli keluarga anda sendiri
iaitu ibu, kakak, serta adik perempuan anda..

Sebenarnya ada banyak lagi tanggungjawab2 dan dosa2 yg perlu ditanggung
oleh seorang lelaki..
lebih2 lagi seorang suami dan bapa..
Ada sebabnya mengikut kajian umur,
perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki kerana
lelaki tidak dapat menanggung dosa2 
yg terpaksa ditanggung oleh mereka..
Wallahhualam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...