Saturday, August 13, 2011

jalan2 di Wang Kelian, Thailand


Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung
safwanabukasim.blogspot.com..
Alhamdulillah..
Hari nie 13 Ogos bersamaan 13 Ramadhan,
aku bersama dua org member baik aku
iaitu Anis dan Mimi bersama
mak dan adik Anis sempat berjalan2
sehingga ke sempadan Thailand iaitu 
Wang Kelian yg terletak berdekatan dgn Malaysia(Perlis)
Mengambil kesempatan berkunjung ke rumah keluarga Anis
sempena Ramadhan tahun nie utk berbuka puasa bersama,
Aku cuma sekadar berjalan2 dan menjamu mata..
Mak Anis iaitu makcik Nadiah sempat memborong
sedikit barang keperluan..
Cuaca mmg sgt baik..Aku tiba2 menyesal berbaju hitam
sampaikan peluh aku bercerau org utara cakap..
Cuaca memang sgt panas..
Namun, nak dijadikan cerita..
Time shoot gambar2 skit2 dkt area kawasan atas bukit,
kereta makcik meragam..
Namun alhamdulillah selepas itu segalanya kembali baik
seperti biasa..

bergambar di hadapan pejabat imigresen Wang Kelian





Monday, August 8, 2011

info pasal tiram


tiram akan
MENUKAR JANTINANYA
dari jantan ke betina
dan fenomena ini
terjadi
beberapa kali
sepanjang hayatnya.




artis baru - ery ma'arof


Baru2 nie aku sempat berkenalan
dgn seorang artis baru yg bakal menggegarkan
persada seni tanah air..
Aku kenal beliau melalui facebook.
Tak sangka beliau seorang yg peramah
serta merendah diri..

Beliau sempat share kat wall facebook aku
lagu single pertamanya
"Astagfirullah Al-Azim"
Aku dah dgr lagu ni..
Lagu berentak world music.
Sedap jugak jadi halwa telinga bulan2 puasa ni..

Aku mula2nya mmg tak kenal dgn saudara Ery Ma'arof nie..
Lepas sembang2 rupanya beliau ckp yg 
beliau merupakan seorang artis baru.

Sekarang nie beliau tgh sbuk
utk majlis pelancaran album terbarunya pada 13 Ogos nnt.
Beliau sempat mengundang aku utk join
event tu nnt..
Tapi apakan daya aku ada kat penang skrg nie..
Tgh cuti2 Malaysia.
So aku hanya mampu doakan kejayaan dia dari jauh..

Ok nie sikit info pasal Ery Ma'arof

Ery Ma’arof atau nama sebenar DAING ZAIRI BIN MA’AROF, berasal dari Ayer Hitam Batu Pahat JOHOR, berusia 27 tahun. Anak kelahiran Johor ini sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur yang berjaya pada suatu hari nanti. Merupakan anak ke-12 daripada 14 orang adik beradik, Ery Ma’arof mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian pada usia seawal 11 tahun. dalam bidang nyanyian pada usia seawal 11 tahun.Kelahiran single yang berjudul ”ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM” ini adalah cubaan pertama Ery Ma’arof di bawah bimbingan Saudara Saari Amri (pada tahun 2011) yang dicipta sepenuhnya oleh Saari Amri sendiri yang bergenre World Music . Dalam album ini juga turut dimuatkan lagu baru sentuhan sdr. Saari Amri berjudul “Tak Takut” yang bergenre Pop Rock. InsyaALLAH.Berbekalkan tunjuk ajar dan bimbingan Saari Amri diharap lagu yang terdapat dalam single Ery Ma’arof ini dapat diterima oleh semua peminat muzik tempatan.



Sokonglah Ery Ma'arof dan industri muzik tempatan!



Sunday, August 7, 2011

5 tips kekal sihat ketika berpuasa


Assalamualaikum wbt...
Sedar x sedar, bulan Ramadhan dah kita berjaya lalui selama 7 hari. Bulan ramadhan nie merupakan bulan di mana setiap yg beragama Islam belajar utk mengendalikan diri, lebih dari sekadar menahan diri dari mkn dan minum tp jugak dari nafsu dan perkara2 yg blh membatalkan puasa.. 5 tips utk mnjaga kesihatan selama berpuasa yg aku nk kongsi bersama nie diharap boleh jadi panduan berguna utk kita semua la ok...

1. makan “karbohidrat kompleks” time sahur
Jangka waktu kita brpuasa sehari blh mmakan masa selama berjam2, so, kita harus wajib mengambil apa yang disebut sebagai ‘karbohidrat kompleks ‘. tai tak apa tu karohidrat kompleks?? Ia adalah makanan yg lambat dcerna oleh tubuh, supaya boleh mengurangkn rasa lapar pada siang hari time puasa nanti. Karbohidrat kompleks nie biasanya boleh didapati dalam beras, gandum, dan kekacang. Makanan2 yang dperlukan selama bulan berpuasa termasuk la roti, bijirin, susu, ikan, daging, sayur danjugak  buah. Pengambilan buah-buahan lepas makan adalah sangat2 digalakkan...

2. pengambilan glukosa time berbuka
Lepas dah seharian menahan lapar dan dahaga of course la  tenaga kita berkurangan, betuk tak? Utk memulihkan tenaga kita semua balik, time berbuka tu make sure makan karbohidrat yg sederhana yg ada dlm makanan yg manis. Makanan yg mengandungi gula nie boleh mengembalikan balik  tenaga kita dgn kadar segera yg dh  berkurang seharian.. Kurma adalah makanan yg paling2 direkomenkan. Selain dri mengandungi gula, kurma jugak ada serat, karbohidrat dan magnesium. Nak2 lagi sejak zaman Rasulullah SAW pun, kurma banyak dimakan time berbuka puasa dan telah menjadi Sunnah Rasul. Bagus kan mcm nie...

3. hindari makanan segera
Kurangkn pngambilan junkfood/makanan segera dan bergoreng, kerana jenis makanan mcm nie blh menyebabkan gangguan kat sistem pencernaan, sakit pada ulu hati, dan jugak masalah peningkatan berat badan.. Org puasa blh kurus, nie x, nak gemuk ker?? lu pikir la sendirii

4. pengambilan air yang cukup
Minum air dan jus antara time berbuka puasa n time tidur utk elak penyahhidratan (betul ker bahasa aku nie) dan utk smoothkan sistem pencernaan time berpuasa. Try elakkan pengambilan kafein dlm jumlah yg besar terutamanya time waktu sahur.

5. tetap bersenam
Buat senaman ringan mcm peregangan otot takpun berjalan kaki pun boley time puasa adalah sgt2 disyorkan. Selain blh membantu mnjaga berat badan, senaman jugak berfungsi utk melancarkan peredaran darah n jugak utk menyegarkan tubuh kita semua..

Renung2kan dan selamat beramal...



bersawang


Assalamualaikum buat semua yg singgah
safwanabukasim.blogspot.com.
Dah lama aku x update blog nie.
Bukan ape, lately nie berukband  broadband
aku buat hal la pulak.
Ntah nape kadang2 ok kadang2 x ok.
Dgn mood berposa nie, sabaq ja la kan.. huhuhu
Kalau nak pi cc semata2 nk update blog n online,
mmg tak r.. malas lah aku..
So la nie berukband broadband nie dah ok,
bleh la aku continue berblogging mcm biasa..
thnx for reading n selamat berpuasa.. :)

Aishiteru - Zivilia


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu

Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu

Saat kau jauh di sana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat

Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu

Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti

Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu

Apakah sama yang kau rasakan

Ulang [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah

Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo


Ulang [*][**]
Wo wo wo.. a a ai aishiteru




Monday, August 1, 2011

kelebihan bersahur


Bersahur adlh 1 amalan penting semasa Ramadan.. Bg sstgh org, mngkn ada  yg branggapan : “Oh, bersahur hukumnya sunat je.” tp ramai yg tak sedar.. Andai kata hukum ini dikaitkan dgn hadis sahih, kita akan sedar betapa pentingnya sahur nie even hukumnya sunat "je" sekalipun.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”


Sahur adlh 1 rahmat dan berkat yg dikurniakan oleh Allah ke atas tiap2 umat Islam.. Kelebihan bersahur itu ada lg disebutkan dlm hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)


Hadis td mnunjukkan kpentingan brsahur utk org2 yg brpuasa walaupn just mkn ataupn minum  sikit je sekalipn dgn hnya steguk air. Memadailah mcm ut sekalipun.. Paling tidak kita dpt pahala sunat sbb bangun bersahur.. Tambah2 lg, sbg alas perut dan tnaga utk kita brpuasa esok harinya..

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas org yg brsahur itu ialah spt sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”


Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).
Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)


Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...