Sunday, August 7, 2011

5 tips kekal sihat ketika berpuasa


Assalamualaikum wbt...
Sedar x sedar, bulan Ramadhan dah kita berjaya lalui selama 7 hari. Bulan ramadhan nie merupakan bulan di mana setiap yg beragama Islam belajar utk mengendalikan diri, lebih dari sekadar menahan diri dari mkn dan minum tp jugak dari nafsu dan perkara2 yg blh membatalkan puasa.. 5 tips utk mnjaga kesihatan selama berpuasa yg aku nk kongsi bersama nie diharap boleh jadi panduan berguna utk kita semua la ok...

1. makan “karbohidrat kompleks” time sahur
Jangka waktu kita brpuasa sehari blh mmakan masa selama berjam2, so, kita harus wajib mengambil apa yang disebut sebagai ‘karbohidrat kompleks ‘. tai tak apa tu karohidrat kompleks?? Ia adalah makanan yg lambat dcerna oleh tubuh, supaya boleh mengurangkn rasa lapar pada siang hari time puasa nanti. Karbohidrat kompleks nie biasanya boleh didapati dalam beras, gandum, dan kekacang. Makanan2 yang dperlukan selama bulan berpuasa termasuk la roti, bijirin, susu, ikan, daging, sayur danjugak  buah. Pengambilan buah-buahan lepas makan adalah sangat2 digalakkan...

2. pengambilan glukosa time berbuka
Lepas dah seharian menahan lapar dan dahaga of course la  tenaga kita berkurangan, betuk tak? Utk memulihkan tenaga kita semua balik, time berbuka tu make sure makan karbohidrat yg sederhana yg ada dlm makanan yg manis. Makanan yg mengandungi gula nie boleh mengembalikan balik  tenaga kita dgn kadar segera yg dh  berkurang seharian.. Kurma adalah makanan yg paling2 direkomenkan. Selain dri mengandungi gula, kurma jugak ada serat, karbohidrat dan magnesium. Nak2 lagi sejak zaman Rasulullah SAW pun, kurma banyak dimakan time berbuka puasa dan telah menjadi Sunnah Rasul. Bagus kan mcm nie...

3. hindari makanan segera
Kurangkn pngambilan junkfood/makanan segera dan bergoreng, kerana jenis makanan mcm nie blh menyebabkan gangguan kat sistem pencernaan, sakit pada ulu hati, dan jugak masalah peningkatan berat badan.. Org puasa blh kurus, nie x, nak gemuk ker?? lu pikir la sendirii

4. pengambilan air yang cukup
Minum air dan jus antara time berbuka puasa n time tidur utk elak penyahhidratan (betul ker bahasa aku nie) dan utk smoothkan sistem pencernaan time berpuasa. Try elakkan pengambilan kafein dlm jumlah yg besar terutamanya time waktu sahur.

5. tetap bersenam
Buat senaman ringan mcm peregangan otot takpun berjalan kaki pun boley time puasa adalah sgt2 disyorkan. Selain blh membantu mnjaga berat badan, senaman jugak berfungsi utk melancarkan peredaran darah n jugak utk menyegarkan tubuh kita semua..

Renung2kan dan selamat beramal...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...