Monday, August 8, 2011

artis baru - ery ma'arof


Baru2 nie aku sempat berkenalan
dgn seorang artis baru yg bakal menggegarkan
persada seni tanah air..
Aku kenal beliau melalui facebook.
Tak sangka beliau seorang yg peramah
serta merendah diri..

Beliau sempat share kat wall facebook aku
lagu single pertamanya
"Astagfirullah Al-Azim"
Aku dah dgr lagu ni..
Lagu berentak world music.
Sedap jugak jadi halwa telinga bulan2 puasa ni..

Aku mula2nya mmg tak kenal dgn saudara Ery Ma'arof nie..
Lepas sembang2 rupanya beliau ckp yg 
beliau merupakan seorang artis baru.

Sekarang nie beliau tgh sbuk
utk majlis pelancaran album terbarunya pada 13 Ogos nnt.
Beliau sempat mengundang aku utk join
event tu nnt..
Tapi apakan daya aku ada kat penang skrg nie..
Tgh cuti2 Malaysia.
So aku hanya mampu doakan kejayaan dia dari jauh..

Ok nie sikit info pasal Ery Ma'arof

Ery Ma’arof atau nama sebenar DAING ZAIRI BIN MA’AROF, berasal dari Ayer Hitam Batu Pahat JOHOR, berusia 27 tahun. Anak kelahiran Johor ini sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur yang berjaya pada suatu hari nanti. Merupakan anak ke-12 daripada 14 orang adik beradik, Ery Ma’arof mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian pada usia seawal 11 tahun. dalam bidang nyanyian pada usia seawal 11 tahun.Kelahiran single yang berjudul ”ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM” ini adalah cubaan pertama Ery Ma’arof di bawah bimbingan Saudara Saari Amri (pada tahun 2011) yang dicipta sepenuhnya oleh Saari Amri sendiri yang bergenre World Music . Dalam album ini juga turut dimuatkan lagu baru sentuhan sdr. Saari Amri berjudul “Tak Takut” yang bergenre Pop Rock. InsyaALLAH.Berbekalkan tunjuk ajar dan bimbingan Saari Amri diharap lagu yang terdapat dalam single Ery Ma’arof ini dapat diterima oleh semua peminat muzik tempatan.



Sokonglah Ery Ma'arof dan industri muzik tempatan!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...